snow

Assalamualaikum


Monday, April 29, 2013

Pertunangan


Kenapa perlu rahsiakan pertunangan?
1) Perlu diingat bahawa bertunang bukanlah sebagai 'lesen' untuk membawa anak dara orang lain 'dating'. Ke hulu ke hilir. Dia tetap bukan mahram bagi kita. Elakkan keluar berdua, melainkan bersama mahram.
2) Bertunang tidak semestinya membawa ke arah pernikahan. Ada sahaja yang bertunang, tetapi putus di tengah jalan. Nauzubillah. Bayangkan jika kita sudah heboh kepada satu dunia bahawa kita sudah bertunang. Tidak lama selepas itu, kita putus tunang disebabkan tidak sehaluan. Bukankah perkara tersebut mengaibkan, kerana pertunangan sudah heboh? Mungkin silaturrahim antara dua keluarga juga terjejas. Dihasut dan diapikan oleh orang luar.
Ada hikmah disebalik merahsiakan pertunangan. Jika putus ditengah jalan, sekurang-kurangnya hanya ahli keluarga sahaja yang tahu. Lebih kecil mudaratnya.
"Hmm, boleh ke tidak, kalau nak berhubung dengan tunang?"
Tidak menjadi masalah. Perlu berhubung, untuk urusan yang menjurus ke arah pernikahan. Penting untuk saling berbincang. Tetapi, jangan sampai berlebih-lebihan!
Jangan biarkan urusan menjadi alasan. Syaitan terlalu pandai dalam tipu daya.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
(Surah al-A'raaf ayat 201)

No comments:

Post a Comment